Kripto Malaya - FAQ

Soalan Lazim (FAQ)

NEW
SIAPAKAH OWNER KRIPTO MALAYA.
Kripto Malaya tiada Owner Individu, ini adalah projek berkumpulan yang diketuai oleh Azizul sebagai Ketua Projek dan 9 yang lain dengan memegang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sila rujuk pada laman utama untuk paparan lebih jelas.
NEW
MENGAPA KAMI MEMILIH CRYPTO CURRENCY SEBAGAI MEDIUM PEMBAYARAN DEPOSIT?
Banyak aspek kenapa kami memilih untuk menerima deposit menggunakan Crypto Currency.
  • 1. Kami tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank tempatan dengan tujuan untuk menerima dana pelabur untuk dilaburkan. Dikhuatiri melanggar Undang-undang negara dan bank negara.
  • 2. Dengan menggunakan deposit melalui crypto currency adalah lebih mudah dan pantas dari segi transaksi itu sendiri, dan lebih mudah bagi kami untuk terus transfer ke trading platform untuk didagangkan. Proses ini lebih menjimatkan masa.
  • 3. Peluang belajar teknologi blockchain berfungsi, kami percaya sekiranya kami menggunakan akaun bank untuk deposit, ianya akan memudahkan pelabur, tetapi sebaliknya pelabur itu sendiri tidak faham apa itu blockchain, malah tidak pernah memiliki wallet bitcoin apatah lagi bitcoin itu sendiri. Dengan menggunakan deposit crypto currency ini secara tak langsung kami mengajar generasi baru untuk bersama-sama belajar blockchain, menjana income dengan crypto currency & memiliki asset crypto currency.
NEW
DI MANAKAH PUSAT OPERASI DAN ALAMAT PEJABAT KRIPTO MALAYA?
Pusat operasi kami adalah di Kuala Lumpur, berdekatan KLCC, Team Kripto Malaya ingin memohon maaf kerana kami tidak dapat mendedahkan alamat penuh pejabat kami atas alasan keselamatan dan juga demi menjaga kesejahteraan projek ini, Untuk makluman anda, kami masih dalam perancangan akan datang untuk membuka pejabat untuk public atau untuk ahli KM yang terpilih sahaja dibenarkan untuk datang melawat dan berjumpa kami, langkah ini penting bagi menjaga privasi projek ini sekaligus menjaga dana setiap pelabur. Kami belajar dari kesilapan syarikat lain, antaranya adalah Luno, walaupun Luno hanya sekadar exchanger namun begitu aset-aset terkumpul telah dibekukan buat sementara untuk siasatan, bila perkara seperti ini terjadi kesannya adalah kepada para pelabur atau penyimpan di Luno. Dan kami sentiasa cuba mencari jalan sebaik mungkin supaya perkara seperti ini tidak terjadi.
NEW
ADAKAH KRIPTO MALAYA INI MONEY GAME/ ROLLING MONEY?
Tidak sama sekali, Money game atau Rolling Money selalunya menawarkan komisen yang lumayan sehingga 40% dan pulangan yang tidak masuk akal sehingga 1000% dalam masa yang singkat, ianya tiidak logik sama sekali, sekiranya anda rasa kami menjalankan money game atau rolling money, kami cadangkan supaya menutup sahaja laman web ini dan tidak menyertai perkhidmatan kami.
NEW
TERIMA INCOME FIX BUKANKAH IANYA TIDAK MEMATUHI SYARAK? DAN RIBA'
Kami kerap ditanya berkenaan isu ini, untuk makluman anda, penerangan bergambar telah kami siarkan di laman hadapan web ini, iaiitu kami menerangkan hasil trading harian kami adalah tidak FIx dan ianya melepasi target profit kami setiap hari. Profit kami terima tidak FIX, namun begitu pembayaran balik kepada pelabur adalah FIX, kenapa? kerana bagi memudahkan pengurusan dana untuk diagihkan mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Sedikit nasihat dari kami, BERHATI-HATI dengan syarikat yang menawarkan profit tidak FIX kerana mereka mampu manipulasi peratus harian tersebut, sebagai contoh hari pertama anda terima 1% profit, dan pada hari kedua anda terima 0.03% profit kerana trading mereka kurang memuaskan, sebagai pelabur pula anda mahu atau tidak terpaksa terima profit tersebut walaupun anda tidak tahu ianya benar tidak profit atau hanya sekadar manipulasi syarikat yang mengunakan nama dan fungsi islamik untuk menarik perhatian anda.
NEW
APAKAH PERANCANGAN MASA HADAPAN KRIPTO MALAYA?
Kami mempunyai team yang kuat dengan ideology yang kreatif, dan kami juga sangat mengambil berat setiap cadangan yang dicadangkan kepada kami, segala cadangan dan kritikan kami kumpul dan dibincangkan didalam minit mesyuarat mingguan.

Antara perancangan utama akan datang adalah :
1. Kripto Malaya Apps - Android & iOS
2. Kripto Malaya ICO - Projek Trading Platform Crypto + Forex
3. E-book Trading Kripto Malaya - BM & English
4. E-market untuk Crypto ke Ringgit.
APA ITU KRIPTO MALAYA?
KRIPTO MALAYA merupakan sebuah platform perkhidmatan trading kripto, segala modal yang disalurkan oleh pelabur akan di dagangkan di pasaran Matawang Kripto khususnya Bitcoin & Ethereum.
Bilakah Kripto Malaya diwujudkan?
Kripto Malaya ditubuhkan pada September 2017, Kami mula memberi khidmat trading Pada 1 Febuari 2018 dan mula membuka pendaftaran awam pada 15 Febuari 2018
Apakah Platform Trading yang digunakan oleh Kripto Malaya?
Kami menggunakan Binance, HitBtc, Poloniex, Cex.io, Bittrex, Bitfinex & Kraken.
Berapa lamakah tempoh trading?
Tempoh pelaburan adalah 320 hari.
Apakah perbezaan 3 Plan tersebut?
Perbezaan ketiga-tiga plan tersebut adalah hanya jumlah amaun pelaburan, Kami mempunya Team trading yang berbeza kepakaran, jadi kami telah lahirkan 3 plan yang memudahkan para pelabur untuk memilih.
Bilakah keuntungan hasil trading dibayar kepada pelabur Kripto Malaya?
Tujuan Kripto Malaya ditubuhkan adalah untuk membantu Anda, jadi Plan atau pakej yang kami tawarkan adalah sangat ringkas dan mudah, para pelabur akan terima keuntungan secara harian terus ke baki akaun Kripto Malaya anda.

Kami di Kripto Malaya menjalankan urusniaga (Trading) pada setiap hari, 7 hari seminggu.
Berapakah keuntungan yang dibayar kepada pelabur?
Keuntungan adalah melebihi 2 kali ganda daripada modal asal para pelabur, anda boleh KLIK DISINI untuk calculator perkiraan profit. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi kami janjikan trading yang cemerlang dan konsisten.
Apakah cara transaksi deposit modal / mengeluarkan keuntungan dari Kripto Malaya?
Demi memudahkan para pelabur dan juga mempercepatkan urusan deposit dan pengeluaran, Kripto Malaya 100% menggunakan teknologi blockchain untuk sebarang pemindahan, pengeluaran dan penerimaan deposit. Sistem platform kami menerima Bitcoin, Bitcoin cash, Dogecoin & Litecoin.
Adakah pelaburan Kripto Malaya ini selamat?
- Memang tidak boleh dinafikan bahawa semua Crypto Trading memang berisiko tinggi, tetapi berdasarkan kebolehan mengawal margin pelaburan dan pengendalian yang cekap serta disokong oleh sistem analisis yang terbaik, Kami yakin Kripto Malaya akan terus dapat bertahan hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. 

- Sekiranya anda ragu-ragu untuk menyertai, kami nasihatkan supaya anda tidak menyertai Kripto Malaya ini, Semua perniagaan di dunia ini mempunya risiko tersendiri, namun di nasihatkan sekiranya anda ingin menyertai Kripto Malaya sila gunakan duit atau dana yang anda sedia untuk rugi sekiranya berlaku kerugian.

- Jangan gunakan duit simpanan untuk menyertai Kripto Malaya, walaupun kami menawarkan khidmat trading yang 95% win, tidak bermaksud dana anda berganda naik 95% sekelip mata, perlu di ambil perhatian kepada 5% kerugian. 

-Dengan itu kami mewujudkan BACKUP FUND iaitu 50% lebihan dari harian trading kami untuk kecemasan sekiranya berlaku kerugian supaya Kripto Malaya akan berjalan lebih lama dan tiada masalah utama iaitu Overpaid.

Adakah menaja rakan atau kenalan wajib?
Tidak sama sekali, kami tidak focus kepada sistem MLM atau wajib cari orang, Team Kripto Malaya mampu menjana sendiri profit walaupun tanpa pelabur, tujuan utama Kripto Malaya ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan trading di pasaran kripto. 

Namun begitu Kripto Malaya menyediakan bonus atau sedikit hadiah bagi menghargai anda kerana telah memperkenalkan kepada rakan atau kenalan anda. Komisen tajaan adalah sebanyak 13% sedalam 8 level, dan tiada maksimum bagi setiap level, SILA RUJUK SINI
Apakah & Dimanakah keuntungan pihak Kripto Malaya?
Kami menawarkan khidmat (servis) trading di pasaran Crypto, sekiranya anda sudah biasa dengan crypto market, anda sendiri akan faham betapa besar potensi dan betapa mudahnya untuk menjana profit setiap jam, namun begitu masih ramai yang kecundang kerana masih belum benar-benar menguasai teknik rahsia trading yang sebetulnya. 

Sila klik LAMAN UTAMA untuk maklumat lanjut.

Keuntungan kami adalah lebihan dari profit harian yang kami berikan, dan juga 2% fees dari setiap pengeluaran keuntungan para pelabur.
Saya sudah daftar, deposit & invest $10 USD, bolehkah saya menambah investment saya?
Ya, boleh. anda hanya perlu login > topup akaun & deposit plan.
Adakah saya dibenarkan untuk mengambil lebih dari satu plan pada masa yang sama?
Anda boleh mengambil seberapa banyak plan yang anda mahu.